KOBIMBING

Keanggotaan Koperasi terbuka kepada semua kakitangan BIMB Holdings Berhad dan anak – anak syarikat Kumpulan BIMB Holdings Berhad yang beragama Islam.

SYARAT-SYARAT

Kakitangan yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:

Warganegara Malaysia

Mencapai umur 18 tahun

Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini

Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar / bankrap yang belum dilepaskan / pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun

Permohonan hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha / pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.


BAYARAN ANGGOTA

ANGGOTA BARU

BEKAS ANGGOTA

CARA BAYARAN

YURAN ANGGOTA

Minimum caruman bulanan adalah sebanyak RM32.00 melalui potongan gaji (bagi kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Berhad dan anak-anak syarikat) dan arahan bayaran (Payment Standing Instruction – bagi bekas kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Berhad dan anak-anak syarikat ). Bagi anggota yang bersara atau terhenti daripada perkhidmatan di BIMB Holdings Berhad atau syarikat-syarikat dalam kumpulannya, boleh meneruskan keanggotaannya dengan mempunyai yuran tidak kurang daripada RM2,000.00.

DEPOSIT ANGGOTA

Minimum caruman bayaran deposit anggota adalah sebanyak RM10.00

SYER ANGGOTA

Minimum Syer Anggota adalah sebanyak RM300.00 dan maksimum sehingga RM250,000.00 sahaja bagi seorang anggota.

KEISTIMEWAAN

1

Menikmati kemudahan pembiayaan dengan kadar pembiayaan yang rendah.

2

Menerima dividen dan hibah tahunan yang menguntungkan anggota.

3

Berpeluang untuk membuat pelaburan yang menguntungkan menerusi pelbagai tabungan yang menarik.

4

Sumbangan Khairat sehingga RM11,500.00 mengikut kategori.

5

Layak untuk membuat tuntutan permohonan bagi bantuan kebajikan melalui skim sumbangan yang ditawarkan.

6

Menikmati promosi KOBIMBING dengan kadar yang kompetetif.

7

Layak untuk menikmati dan menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pihak Koperasi kepada anggota.

8

Menikmati kemudahan pelan Takaful MUTIARA PLUS dengan pelbagai manfaat yang ditawarkan seperti tambahan khairat, caj rawatan dan sebagainya.

HUBUNGI UNIT KEANGGOTAAN

Hubungi Unit Keanggotaan kami pada bila-bila masa. Kami sedia membantu!