1) Warganegara Malaysia.
2) Mencapai umur 18 tahun.
3) Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini.
4) Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Dapatkan borang daripada website KOBIMBING www.kobimbing.com.my atau berhubung terus dengan unit keanggotaan melalui alamat emel keanggotaan@kobimbing.com.my .
Fi masuk bagi anggota baru RM20.00 manakala bekas anggota RM30.00. Caranya melalui pindahan atau deposit tunai ke akaun KOBIMBING 14-014-01-005231-9 (Bank Islam).
Borang permohonan yang diisi dengan lengkap, salinan kad pengenalan & resit pembayaran.
Minimum modal syer yang diperlukan adalah RM300.00. Anggota boleh membuat pilihan samada untuk membayar terus tunai RM300.00 ataupun melalui potongan gaji maksimum selama 6 bulan.
Setiap anggota hanya dibenarkan melanggan syer dengan nilai maksima RM250,000.00 sahaja.
Kelulusan anggota mengambil masa 14 hari bekerja sekiranya borang permohonan lengkap diisi.
Anggota dapat menikmati semua kemudahan seperti Pembiayaan Peribadi, Tuntutan Khairat Kematian, dan lain-lain dengan syarat tiada tunggakan yuran dan juga syer. Tuntutan mestilah dibuat dalam masa 30 hari daripada peristiwa tersebut. Borang tuntutan boleh didapati melalui unit keanggotaan beserta dokumen yang berkaitan.
Minimum bulanan bagi potongan yuran ahli adalah RM42.00 termasuk Takaful Mutiara Plus.
Dapatkan borang daripada unit keanggotaan. Permohonan yang diterima selepas 10 haribulan hanya akan diproses pada bulan berikutnya.
Anggota perlu mengisi borang penamatan dengan lengkap beserta sebab untuk berhenti. Sekiranya didapati masih mempunyai tunggakan pembiayaan peribadi, permohonan penamatan keanggotaan secara automatik ditolak.
Proses mendapatkan kelulusan penamatan anggota hanya dibuat sekali sahaja setiap bulan. Sekiranya diluluskan, simpanan akan dikreditkan selepas 6 bulan daripada tarikh borang diterima.
Boleh meneruskan keanggotaan dengan syarat Yuran Anggota tidak kurang dari RM2,000.00.
Skim Takaful yang berbentuk perlindungan berserta simpanan bagi Kematian, Keilatan Kekal Menyeluruh, Perbelanjaan Pengkebumian, Manfaat Ehsan, Manfaat Hospital dan rider-rider lain yang telah dinyatakan di dalam Sijil Induk KOBIMBING.
Bayaran sumbangan adalah dibuat melalui potongan gaji Kobimbing secara bulanan.
Pilihan sumbangan bulanan yang boleh dibuat adalah RM10, RM20, RM30, RM40, RM50, RM60, RM70, RM80, RM90 dan RM100 kepada setiap ahli, pasangan dan anak-anak. Pengesahan perlindungan tertakluk kepada pengunderitan Etiqa Takaful Berhad. Penyertaan sumbangan bulanan pasangan dan anak tidak boleh melebihi sumbangan ahli.
Sebarang penambahan sumbangan boleh merujuk terus kepada KOBIMBING dengan melengkapkan borang permohonan penambahan sumbangan. Pengesahan tertakluk kepada pengunderitan Etiqa Takaful Berhad.
Pasangan iaitu suami/ isteri kepada peserta yang sah dari segi undang-undang yang berumur 19 – 59 tahun, mengikut tarikh lahir akan datang.
Anak iaitu anak ahli sah, belum berkahwin dan masih dalam tangunggan ahli. Had umur kelayakkan dari 30 hari sehingga tidak melebihi 19 tahun, boleh dilanjutkan sehingga umur tidak melebihi 23 tahun sekiranya masih belajar sepenuh masa.
Ahli hanya perlu membuat pengisytiharan kesihatan dengan melengkapkan borang permohonan bagi jumlah sumbangan yang melebihi RM30 (3 unit) ataupun jumlah perlindungan melebihi RM60,000.00.
Penyakit yang sediaada tidak dilindungi di bahawa skim ini bagi manfaat Kehilangan Upaya Kekal Menyeluruh dan Rider-rider lain.
Skim ini tidak menyediakan kad.
Manfaat Ehsan adalah manfaat akibat kematian yang akan diterima oleh Ahli sekiranya Pasangan ataupun Anak-Anak meninggal dunia. Jumlah manfaat adalah seperti dinyatakan di dalam Sijil Induk iaitu RM2,000.00 untuk Pasangan dan RM500 untuk Anak-Anak (had maksimum 4 kematian).
Sijil Induk diberikan kepada KOBIMBING. Ahli akan diberikan salinan sijil penyertaan individu oleh Etiqa Takful Berhad melalui email berdasarkan alamat email yang telah diberikan oleh KOBIMBING kepada pihak Etiqa Takaful Berhad. Sekiranya ahli tidak menerima sjil asal tersebut melalui email, ahli boleh terus merujuk kepada KOBIMBING untuk tindakan selanjutnya.
Sebarang tuntuan ke atas manfaat takaful yang ditawarkan, ahli boleh merujuk kepada KOBIMBING dengan melengkapkan borang tuntutan yang berkaitan mengikut manfaat yang ditawarkan sebelum dihantar kepada Etiqa Takaful Berhad.
Tempoh matang penyertaan ahli adalah pada umur 66 tahun mengikut tarikh lahir akan datang.
1) Perlu menjadi anggota KOBIMBING
2) Lengkapkan “Borang Pelaburan Dana Ar-Rahnu’’
3) Melakukan proses akad
Setelah mencapai tempoh matang pelaburan. Pengeluaran juga boleh dikeluarkan sebelum tempoh matang. Walau bagaimanapun dividen layak diterima mengikut pengiraan. *tertakluk kepada terma & syarat
1) Lengkapkan “Borang Pelaburan Dana Ar-Rahnu’’
2) Bayaran boleh dibuat melalui Kaunter Bank Islam, Perbankan Internet dan Mesin Deposit Tunai Bank Islam
3) Kredit ke Akaun KOBIMBING (14-014-01-005231-9)
4) Lampirkan slip bayaran berserta borang
5) Scan email atau faks kepada Ibu Pejabat KOBIMBING
6) KOBIMBING akan mengeluarkan surat pengesahan pelaburan kepada anggota
Pelaburan adalah berbentuk jaminan modal berserta keuntungan di bawah kontrak Tawarruq.
Wang pelaburan akan diserahkan kepada pewaris sebagaimana yang disimpan dalam rekod KOBIMBING atau mengikut wasiat bertulis sekiranya ada.
Peluang pelaburan kepada anggota untuk melabur tanpa had maksima yang ditetapkan. Urusan akad antara kedua-dua pihak mengikut syariah secara telus. Zakat telah dibayar sepenuhnya oleh Kobimbing. Jaminan pelaburan jangka panjang.
Hubungi Ibu Pejabat KOBIMBING di talian 03-4142 8922 atau faks 03-4143 6122
Alamat portal KOBIMBING adalah http://portalkobimbing.asuscomm.com:8080/portal
Menghubungi Unit Keanggotaan KOBIMBING atau email permohonan anda kepada supportportal@kobimbing.com.my berserta nama penuh dan juga nombor kad pengenalan untuk mendapatkan pengesahan ID dan katalaluan sementara.
Nama pengguna adalah nombor kad pengenalan anggota dan katalaluan perlu dapatkan pengesahan daripada Unit Keanggotaan KOBIMBING.
Sekiranya terlupa katalaluan, anda perlu menghubungi pihak support KOBIMBING untuk melaporkan masalah tersebut. Anda perlu memberi nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat emel kepada pihak support KOBIMBING untuk mendapatkan katalaluan yang baru.
Anda boleh menghubungi pihak support KOBIMBING melalui nombor telefon pejabat KOBIMBING 03-41416885 (waktu bekerja) atau emel kepada alamat berikut iaitu supportportal@kobimbing.com.my
Pada jam 9 pagi – 5 petang waktu bekerja. Bagi yang ingin melaporkan masalah melalui emel pula boleh emel pada bila-bila masa.
Tempoh masa untuk pihak support KOBIMBING memberi maklum balas semula adalah 4 jam hingga ke 2 hari waktu bekerja bergantung kepada masalah yang dihadapi.
Anda hanya dibenarkan untuk melihat maklumat peribadi, keanggotaan dan juga pembiayaan sahaja.
Anda tidak dibenarkan mengubah sebarang maklumat di dalam portal KOBIMBING.
Tidak. Anda hanya dibenarkan lihat sahaja.
Jika anda ingin melakukan sebarang perubahan mengenai maklumat, anda boleh menghubungi Unit Keanggotaan ataupun pihak support KOBIMBING melalui nombor telefon pejabat KOBIMBING 03-41416885 (waktu bekerja) atau emel kepada alamat berikut iaitu supportportal@kobimbing.com.my
Sebarang maklumat baru mengenai penyelenggaraan portal anggota KOBIMBING akan
dimaklumkan di dalam laman web KOBIMBING iaitu www.kobimbing.com.my
Setelah mendapatkan katalaluan yang pertama daripada pihak KOBIMBING, anggota perlu menukar terus kepada katalaluan yang baru. Katalaluan hendaklah mempunyai sekurangkurangnya 6 kombinasi di antara karakter dan nombor.
Tidak, pihak ketiga tidak dibenarkan untuk melakukan semakan untuk anggota.
Ya. Alamat portal KOBIMBING adalah http://portalkobimbing.asuscomm.com:8080/portal
Tidak. Buat masa ini anggota tidak boleh membuat sebarang permohonan mengenai keanggotaan mahupun pembiayaan menerusi atas talian. Anggota perlu menghantar permohonan seperti biasa iaitu melalui emel keanggotaan@kobimbing.com.my atau pembiayaan@kobimbing.com.my