Keanggotaan Koperasi terbuka kepada semua kakitangan BIMB Holdings Berhad dan anak – anak syarikat Kumpulan BIMB Holdings Berhad yang beragama Islam.
SYARAT-SYARAT
Kakitangan yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:
Warganegara Malaysia
Mencapai umur 18 tahun
Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini
Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar / bankrap yang belum dilepaskan / pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun
Permohonan hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha / pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.
BAYARAN ANGGOTA
ANGGOTA BARU
Fi Masuk = RM20.00
Syer Anggota (wajib) = RM300.00 (minimum)
Jumlah = RM320.00
BEKAS ANGGOTA
Fi Masuk = RM30.00
Syer Anggota (wajib) = RM300.00 (minimum)
Jumlah = RM330.00
CARA BAYARAN
Pindahan ke akaun KOBIMBING 14-014-01-005231-9 (Bank Islam)
Sekali gus atau ansuran (potongan gaji – max 6 bulan)
YURAN ANGGOTA
Minimum caruman bulanan adalah sebanyak RM32.00 melalui potongan gaji (bagi kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Berhad dan anak-anak syarikat) dan arahan bayaran (Payment Standing Instruction – bagi bekas kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Berhad dan anak-anak syarikat ). Bagi anggota yang bersara atau terhenti daripada perkhidmatan di BIMB Holdings Berhad atau syarikat-syarikat dalam kumpulannya, boleh meneruskan keanggotaannya dengan mempunyai yuran tidak kurang daripada RM2,000.00.
DEPOSIT ANGGOTA
Minimum caruman bayaran deposit anggota adalah sebanyak RM10.00
SYER ANGGOTA
Minimum Syer Anggota adalah sebanyak RM300.00 dan maksimum sehingga RM250,000.00 sahaja bagi seorang anggota.
KEISTIMEWAAN
HUBUNGI UNIT KEANGGOTAAN
Hubungi Unit Keanggotaan kami pada bila-bila masa. Kami sedia membantu!